Kem Lambaian Danau

UNTUK MENDAPATKAN SEBUTHARGA

SILA KLIK ->BORANG SEBUTHARGA. BORANG YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIBERI PERHATIAN. JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA TELEFON 019-3682498. TERIMA KASIH.

Kem Keluarga

Hari Keluarga Organisasi
Untuk merapatkan hubungan kekeluargaan para pekerja sesebuah organisasi dengan keluarga mereka. Pengalaman kami buat untuk beberapa buah kilang dan juga untuk JIM.

Kem Ayah dan Anak Lelaki
Bila kali terakhir anda tidur dan mandi bersama 
anak andaBila kali terakhir anak anda perlukan perlindungan dan pelukan anda bila dia ketakutan ?

Peserta adalah Ketua Keluarga (Ayah) dan anak/anak-anak lelaki. Kajian mengatakan anak-anak lelaki memerlukan perhatian ayah bermula dari lahir. Anak yang rapat dengan ayah akan menjadi anak yang bijak. Bijak bukan bermakna dapat A yang banyak atau mendapat nombor satu. Bijak beerti dia memahami tujuan dia dijadikan khalifah dibumi ini dan seterusnya dia berjaya menurut bimbingan Ayah dan Ibunya untuk menajdi anak yang soleh. Berbudi bahasa dan menghormati insan lain.

Mahu ketawa bersama ? Tidak rindu untuk suapkan anak makan ?

Semuanya boleh anda dan anak/anak-anak alaminya di Kem Ayah dan Anak. Pengalaman kami kalau buat program ini, amat seronok dan hasilnya nampak sebaik habis program. Ayah dan anak bertambah rapat. Semua kumpulan mahu jadi juara, semua Ayah mahu anaknya fikir, " oh, Ayahku lah hero !"

Ada juga beberapa pengalaman yang kelakar - Ayah tinggalkan anak terkejut masa Night Walk, Ayah terlelap terus bila tidur di pangkuan anak ! Ada satu keluarga ni sangat comel - mereka makan bertambah-tambah 5-6 pinggan setelah berkongi makan. Sedap agaknya disuap Sang Ayah :)

Hari Keluarga

Untuk merapatkan hubungan sesebuah keluarga.


Hari Keluarga Hajah Hafsah Majid yang paling best ! Satu keluarga pakat payah bangun pagi. Bayangkan morning exercise cuma Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah jer yang ada. Sian, abang yang handle morning exercise tuh.


Kecik, besar semua menari tarian perang sebelum 'War Game'.


Bersempena Hari Keluarga ni, mereka buat Korban (Hari Keluarga mereka semasa Raya Haji).


Ibadah Korban di Kem Lambaian Danau



Cerita Hari Keluarga Hajah Habsah
Cerita Hari Keluarga Hajah Hafsah