Kem Lambaian Danau

UNTUK MENDAPATKAN SEBUTHARGA

SILA KLIK ->BORANG SEBUTHARGA. BORANG YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIBERI PERHATIAN. JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA TELEFON 019-3682498. TERIMA KASIH.

Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah


Untuk harga, sila klik link di bawah :

Harga Pakej Pelajar Sekolah


Untuk senarai sekolah-sekolah yang pernah mendapat khidmat kami, link di bawah :

Senarai Sekolah 1
Senarai Sekolah 2
Senarai Sekolah 3





Pakej yang ditawarkan :
Kem Kepimpinan
Perkhemahan Badan Beruniform
Pemulihan Akademik/Disiplin
Kem Remaja Lasak
Kem Alam Sekitar


Kem Kepimpinan
Membentuk peserta untuk mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran melihat masa depan untuk membawa kejayaan pada kumpulan yang dipimpin, bijak membuat perancangan dan sentiasa berpengetahuan terkini dalam bidang mereka.

Ini dilaksanakan dengan membuat aktiviti-aktiviti kumpulan yang sesuai. KLD mendidik peserta seperti pepatah Cina, " Tell me, I forgetshow me, I remember, involve me, I understand. " Mesti buat untuk faham. 


Selepas program, peserta seharusnya mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk memimpin pasukannya.

Perkhemahan Badan Beruniform
Untuk kumpulan badan-badan beruniform sekolah, kolej, institut perguruan dan universiti.

Module adalah berlainan bagi setiap badan beruniform.

Aktiviti-aktiviti untuk perkhemahan badan beruniform adalah : kraf perkhemahan, kawad, orienteering, unggun api, masakan perkhemahan, latihan menyelamat untuk PBSM dan lain-lain. Sedikit yuran tambahan diperlukan untuk pembayaran bahan untuk membuat kraf perkhemahan (buluh dan tali)


Pemulihan Akademik/Disiplin
Program untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran atau disiplin Mereka didedahkan kepada cara belajar yang senang (Smart study), diberi motivasi dan kauseling kumpulan. Yuran tambahan untuk Penceramah/Motivator.

Setiap semester, kami mengendalikan kumpulan sebegini. Antaranya, selain dari sekolah, kumpulan pelajar-pelajar dari Kolej Matrikulasi, Fakulti Perubatan, Fakulti Kejuteraan Elektrik, Fakulti Kejuteraan Elektronik dan lain-lain.


Kem Remaja Lasak
Sesuai untuk aktiviti selepas peperiksaan atau semasa cuti sekolah. Tiada ceramah, hanya aktiviti lasak yang mencabar diri pelajar. 

   Kem Alam Sekitar
Cintailah bumi kita ! Peserta akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang akan meningkatkan kesedaran kepentingan menjaga alam kita. Antara aktiviti menarik adalah, melawat loji air dan belajar cara merawat dan menjimat air, membuat baja kompos, kraftangan dari bahan terbuang dan berbagai lagi aktiviti menarik.