Kem Lambaian Danau

UNTUK MENDAPATKAN SEBUTHARGA

SILA KLIK ->BORANG SEBUTHARGA. BORANG YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIBERI PERHATIAN. JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA TELEFON 019-3682498. TERIMA KASIH.

Corporat Camping

Untuk harga, klik link di bawah :

Harga Pakej Corporat Camping

Untuk mengetahui siapa pernah berkursus dengan kami, sila klik link ini :
Senarai Korporat 1



Pakej
Aktiviti
Kem Rekreasi
Aktiviti outdoor yang kami sesuaikan dengan kehendak majikan atau penganjur
Kem Release Tension
Pilihan aktiviti oleh peserta. Kami ikut sahaja. Yang penting, anda dapatkan lepaskan tekanan !
Teambuilding
Aktiviti  teambuilding dan gerak kerja kumpulan. Ceramah oleh Consultant KLD.




Jemu berkursus di hotel, bermain kertas, tali dan bola  di dalam dewan, jemu bertelematch di simen tempat letak kereta ? Mari bersama kami, berkursus di tepi tasik seluas lebih 100 ekar. Tidur dalam khemah yang bawahnya pasir, bertilam kanvas/sleeping bag, berbumbungkan teduhan pokok-pokok dalam hutan. 

Berbagai aktiviti ada di sini. Rakit di tasik luas, jungle trekking/explorace di kawasan seluas 300 ekar. Aktiviti di kampung - pusat penternakan burung, loji rawatan air, pusat ternakan ikan sangkar, ladang kelapa sawit, kebun getah dan lain-lain.

Kalau tak mahu tidur dalam hutan, boleh tidur di hotel yang berdekatan dengan Kem. Cuma, anda perlu bayar duit penginapan pada tuan punya hotel :)

Anda boleh pilih sendiri pakej mengikut keperluan organisasi anda. Boleh ambil pakej sedia ada, boleh juga 'tailor-made' program anda. 

Intan JPM pilih program lasak, mengikut module KLD. Lasak sehingga Night Walk, panjat Gunung Ledang. Pergi pukul 9 malam dan pulang pukul 11 pagi esoknya. Felda Plantation, Matrade pilih Kem Release Tension. Buat semua aktiviti tetapi level yang agak mudah.

Sila telefon 019-3682498 untuk rundingan program.



Geng Matrade. Bergurau tak habis :)



Cadet PTD INTAN. Aktiviti rewang. 

Ini dari INTAN juga. PTD makan bawah pokok kelapa sawit.


Mandi di mataair menyejukkan badan selepas berjalan 3 jam. Ada lagi 2 jam sebelum sampai Kem.


Dragon Raft. Infineon Technologies. Teambuilding. 


Jauh berakit. Kumpulan TNB.


Gerak kerja kumpulan. Mencari clue atas pokok. Tiada wall-climbing dan paint ball game di sini. Semuanya berkaitan alam semulajadi.


Bersama Pak Imam untuk Kuliyah Maghrib. Pak Imam dari Masjid Kampung Chinchin. Ada masalah pun boleh cerita dengan Pak Imam, dapat kaunseling dan nasihat dari dia.