Kem Lambaian Danau

UNTUK MENDAPATKAN SEBUTHARGA

SILA KLIK ->BORANG SEBUTHARGA. BORANG YANG LENGKAP SAHAJA AKAN DIBERI PERHATIAN. JIKA ADA SEBARANG KEMUSYKILAN, SILA TELEFON 019-3682498. TERIMA KASIH.

Tuesday, December 29, 2015

Pengenalan





KEM LAMBAIAN DANAU
Tapak Perkhemahan dan Pusat Latihan Bina Semangat
Tebat, Kampung Chinchin
77000 Jasin, Melaka


SELAMAT DATANG !

Kem Lambaian Danau mula beroperasi pada tahun 1999. Tahun 2015, kami berjaya menerima peserta ke 100 ribu. Alhamdulillah.

Dari bangsal kayu gelam dan surau berlantai tanah kini KLD telah hampir lengkap kemudahannya. Yang tetap sama adalah pengendalian program. Memberikan aktiviti terbaik dengan module kami yang tersendiri. Membimbing peserta bagaikan keluarga sendiri. 



Encik Ravi dari Tenaga Nasional Berhad , peserta ke seratus ribu KLD



Untuk anda yang belum mengenali kami. 


KEM LAMBAIAN DANAU terletak di Kampung Chinchin, Jasin, Melaka.  2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Exit  di Tol Tangkak, 8 km lagi memandu, anda sampai ke KLD. Ada kemudahan meletak bas sehingga 15 buah bas dalam kawasan KLD. 

KLD dikelilingi tasik air tawar seluas 105 ekar. Suasana di KLD sejuk, hijau dan berudara segar. 



Jom Camping !